Abdul Rahman Hashim
UMNO Cawangan Bukit Wangsa akan terus diperkasakan. Demikian kata-kata yang diungkapkan oleh Ketua Cawangannya Abdul Rahman Hashim (Gambar) ketika merasmikan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan berkenaan pada 16 Ogos 2008 lalu.
"Memandangkan kemelut kepercayaan semakin terhakis di kalangan rakyat terhadap UMNO di dalam PRU12 yang lepas, kita merasakan UMNO perlu melakukan penjenamaan semula untuk terus diperkasakan." katanya.
"Proses penjenamaan ini memerlukan iltizam dari segenap lapisan kepimpinan di dalam UMNO yang menuntut kita semua melakukan muhasabah, di samping meningkatkan keupayaan untuk merakyatkan perjuangan UMNO." tambahnya lagi.
Samada diri kita seorang pemimpin yang berada di puncak kekuasaan ataupun yang berada di pelantar akar umbi masyarakat, semua pihak mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk mempastikan UMNO terus relevan dalam kerangka perjuangan memartabatkan kedaulatan bangsa Melayu sebagai tuan di negara ini," tegasnya.
Abdul Rahman Hashim juga mahukan supaya ahli-ahli UMNO Cawangan Bukit Wangsa tidak menjumudkan fokus hanya dalam ruang lingkup menyempurnakan tanggungjawab sekadar menghadiri mesyuarat-mesyuarat agung tahunan, tetapi beliau menyarankan lebih daripada itu, dengan mengajak seluruh ahli UMNO supaya menebus kembali kekalahan yang menimpa UMNO dan BN semasa pilihan raya ke-12 yang lepas.
Beliau juga terkilan kerana orang Melayu sudah mulai hilang keyakinan kepada UMNO, kerana mereka terpedaya dengan retorik sempit yang dicanangkan oleh pihak pembangkang tanpa memperdulikan nasib dan masa depan warga Melayu.
"Perpecahan dalaman akibat persengketaan sesama sendiri juga menjadi faktor yang menyebabkan UMNO semakin dipinggirkan oleh orang Melayu generasi hari ini. Lantaran itu, kita mesti perkuatkan azam dan tekad untuk menghindarkan diri kita daripada terjebak dengan episod pertikaman sesama sendiri, yang akan menghancurkan generasi kita yang akan datang." demikian katanya dengan penuh bersemangat.
Di akhir ucapannya, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak di dalam UMNO Cawangan ini yang telah bekerja keras semasa berkempen di dalam PRU12 lalu. Beliau juga mengajak supaya semua ahli UMNO di cawangan ini khasnya supaya memberikan sokongan padu kepada saf kepimpinan yang bakal terbentuk di dalam persidangan kali ini. Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dato' Sri Zulhasnan Rafique yang telah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Setiawangsa, walaupun derita dengan kekalahan yang menimpa di beberapa kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan.--------------------------------------------------------------------------------
Abd. Rahman Hashim, Zaiton Baba, A.Gdan Sarah Hanis dipilih mengetuai Cawangan,Wanita, Pemuda dan Puteri Bukit Wangsa 2008-2011 Gambar Atas: Abd. Rahman Hashim. Bawah Dari Kiri: Zaiton Baba, AG dan Sarah Hanis
Abdul Rahman Hashim sekali lagi buat tahun yang ke-14 berturut-turut telah dipilih semula mengetuai UMNO Cawangan Bukit Wangsa di dalam persidangan tahunan 2008 yang diadakan pada 16 Ogos yang lalu.
Begitu juga Zaiton Baba yang sebelum ini memegang jawatan Naib Ketua Wanita Cawangan telah diberikan mandat oleh Pergerakan Wanita Cawangan berkenaan sebagai Ketua menggantikan Normah Ismail yang tidak hadir di dalam persidangan tersebut.
Mohd, Kama Renzi Abdul Rahman seorang muka baru di dalam Pemuda telah dipilih sebagai Ketua Pemuda Cawangan Bukit Wangsa menggantikan Ahmad Jamil Gazali yang telah pun melewati usia Pemudanya.
Sementara itu Sarah Hanis Abdul Rahman iaitu anak kepada Ketua Cawangan telah dinobatkan sebagai Ketua Puteri Cawangan yang baru menggantikan Arina Mohamed yang tidak hadir di dalam persidangan itu.
Bagi jawatan Timbalan Ketua Cawangan pula Mohamad Haji Ibrahim yang sebelum ini menjawat jawatan Ketua Penerangan telah dipilih sebulat suara mengisi jawatan tersebut. Begitu juga Nora Hj Mohd. Nordin, Nur Fareq Daniel Rahim dan Suzana Zaharin telah dipilih mengisi jawatan Naib Ketua Wanita, Pemuda dan juga Puteri Cawangan Bukit Wangsa.
---------------------------------------------------------------------------------
Gambar kenangan di Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Setiawangsa, 25 Oktober 2008, Hotel Nikko KL.
Dari Kiri: Abd. Rahman, Mohamad dan Ahyar
Kelihatan duduk dari kanan: Zaiton Baba, Hanis, AG,
Ahyar dan Mohamad Ibrahim
---------------------------------------------------------------------------------
AHLI-AHLI JAWATANKUASA 2008-2011
UMNO CAWANGAN BUKIT WANGSA
PENGERUSI TETAP
Mohd. Ali Yassin
TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Ahyar Mikin
KETUA CAWANGAN
Abdul Rahman Hashim
TIMBALAN KETUA CAWANGAN
Mohmad Haji Ibrahim
KETUA WANITA
Zaiton Baba
KETUA PEMUDA
Mohd. Kama Renzi Abdul Rahman
KETUA PUTERI
Sarah Hanis Abdul Rahman
SETIAUSAHA
Dzulfakar Alang
BENDAHARI
Zulkarnil Abdul Majid
KETUA PENERANGAN
Mohd. Alias Hamzah
AHLI JAWATANKUASA
Abdul Wahab Husin
Ahmad Achin
Alias Sutan
Adnan Ujud
Othman Mahamud
Rohman Mikin
Awaludin Zahardin
Abd. Hamid Mustapha
Noramzah Md. Taher
Jamaluddin Abu Kassim
Supri Saad
Nora Hj Mohd. Nordin
Suzana Zaharin
Idris Samad
PEMERIKSA KIRA-KIRA
Haryati Hashim
Sufini Hashim
--------------------------------------------------------------------------
AHLI JAWATANKUASA 2008-2011
PERGERAKAN WANITA UMNO CAWANGAN BUKIT WANGSA
KETUA
Zaiton Baba
NAIB KETUA
Nora Haji Mohd. Nordin
SETIAUSAHA
Azizah Aman
BENDAHARI
Norjalila Zainul
KETUA PENERANGAN
Siti Aminah Haji Abas
AHLI JAWATANKUASA
Nor Hanida Saaid
Lapipah Manan
Zainab Taid
Fauziah Zakaria
Nor Zaiton Zainal
Zorlela Baharum
---------------------------------------------------------------------------
AHLI JAWATANKUASA 2008-2011
PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN BUKIT WANGSA
KETUA
Mohd. Kama Renzi Abdul Rahman
NAIB KETUA
Al-Nur Fareq Daniel Rahim
SETIAUSAHA
Adi Putra Shahreeza Abdul Rahman
BENDAHARI
Ahmad Sharip
KETUA PENERANGAN
Amirul Izzat Abdul Rahman
AHLI JAWATANKUASA
Mohd. yusri Saad
Muhamad Azlan Aziz
Saiful Norardi Mohamad
Hasrizal Radzuan
Mohd. Idzwan Mohd. Yusof
Azirul Azry Mohd. Nordin
Omar Buyong
------------------------------------------------------------------------
AHLI JAWATANKUASA 2008-2011
PERGERAKAN PUTERI CAWANGAN BUKIT WANGSA
KETUA
Sarah Hanis Abdul Rahman
NAIB KETUA
Suzana Zaharin
SETIAUSAHA
RozaimaH Md. Zairozi
BENDAHARI
Haryati Hashim
KETUA PENERANGAN
Sharifah Norhainey Syed Noorashid
AHLI JAWATANKUASA
Raidah Mohamad
Noraffita Mohd. Azzimi
Cik Zakiah Zakaria
Aliza Ramli
Arina Mohamed
Masmin Abd. Latif