PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UMNO)

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UMNO)
"MELAYU DIPERKASAKAN, ISLAM PEGANGAN KAMI"

Sunday, July 5, 2009

BERITA KOMUNITI
Zainal Ejai, meninggal dunia.


Jenazah di Masjid Taman Seri Rampai. Bawah: Kelihatan Norjalila bersama anaknya.

Innalillahi Wainna ilaihi Raji'un. UMNO Bukit Wangsa mengucapkan takziah kepada keluarga Norjalila binti Zainal di atas pemergian ke rahmatullah ayahandanya ZAINAL MD. EJAI pada pagi 4 Julai 2009 di rumahnya di No. 303 Blok C11 Seksyen 10 Wangsa Maju. Allahyarham Zainal Md. Ejai, 63 telah meninggalkan lima orang anak termasuk Norjalila. Isteri Allahyarham, Noraini juga telah meninggal dunia lima tahun terdahulu.

Allahyarham Zainal dan isterinya merupakan ahli UMNO Cawangan Bukit Wangsa yang aktif selama mereka menjadi ahli UMNO di cawangan ini. Manakala Norjalila pula merupakan Bendahari Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Bukit Wangsa.

Jenazah Allahyarham Zainal telah dibawa ke Masjid Taman Seri Rampai untuk disembahyangkan sebelum ia dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Taman Selasih, Batu Caves. Semoga roh allhayraham dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang yang soleh.


Tuesday, June 30, 2009

UMNO DIPERKASAKAN, ISLAM PEGANGAN KAMI!

Apabila menyaksikan suasana persidangan tahunan UMNO Cawangan Bukit Wangsa yang diadakan semalam, 29 Jun 2009, kami dapat merasakan getaran semangat yang telah berjaya disuntik oleh Ketua UMNO Cawangan kami, Sdra Abdul Rahman Hashim.

Ketua UMNO Cawangan Bukit Wangsa telah menyampaikan ucapan perasmiannya dengan penuh bersemangat yang bertema 'UMNO diperkasakan, islam Pegangan kami'.. Rata-rata ahli Pemuda yang hadir telah memberikan respon yang positif dimana mereka dapat merasakan kepuasan setelah mendapat input yang berguna untuk dijadikan iktibar.

Di dalam ucapan itu, Sdra Abdul Rahman Hashim telah memberikan penjelasan tentang cabaran yang sedang dihadapi oleh UMNO. Menurutnya, UMNO mesti diperkuatkan kerana orang Melayu di negara ini masih berkehendakkan sentuhan UMNO untuk meneruskan perjuangan mengangkat martabat dan harakat umat Melayu di negara ini.

Beliau menambah, UMNO tidak perlu gusar dengan cabaran yang dihadapinya daripada parti-parti pembangkang, kerana katanya lagi UMNO mempunyai track record yang cemerlang untuk membuktikan kepada rakyat betapa parti ini sentiasa berjuang untuk kepentingan rakyat jelata khususnya kepada orang Melayu.

Sdra Rahman juga telah menyentuh dengan panjang lebar tentang sejarah kemerdekaan negara, di mana UMNO telah memainkan peranannya dalam merangka pedan kemerdekaan yang akhirnya telah dikecapi oleh rakyat negara ini yang dahagakan kebebasan untuk memerintah negara sendiri. Tarikh keramat 31 oGOS 1957 menurutnya merupakan detik yang tidak harus dilupakan oleh semua lapisan rakyat negara ini, kerana negara telah pun MERDEKA! Jasa UMNO telah terpahat di dalam lipatan sejarah perjuangan sebuah negara bangsa sebagai pejuang kemerdekaan.

Ahli-ahli yang hadir juga terutamanya di kalangan ahli Pemuda dan ahli Puteri juga dilihat terpesona dengan pengucapan Ketua UMNO Cawangan yang juga menyentuh isu Tuan guru Nik Aziz daripada PAS yang telah menyamakan UMNO dengan komunis hatta menyamakan juga UMNO dengan Ayah Pin.

Sdra Rahman berhujah, betapa songsangnya pandangan Nik Aziz itu kerana menurutnya UMNO juga penganut agama Islam seperti PAS, tetapi komunis menganggap agama itu sebagai candu. Kataya lagi, Ayah Pin telah menyesatkan akidah dengan menganggap dirinya sebagai 'Utusan Tuhan' sedangkan UMNO hanya bertuhankan Allah Rabuul Jalil.

Beliau kesal kerana PAS telah memperalatkan Islam untuk mengutuk sesama umat Islam, sedangkan Islam adalah agama persaudaraan. Menurutnya lagi, PAS lebih rela bermusuh dengan UMNO, sedangkan DAP lebih jelas menentang undang-undang Islam yang dilaung-laungkan oleh PAS sendiri. Beliau bertanya kepada Nik Aziz, apakah yang patut dikiaskan kepada DAP yang menjadi rakan sekutunya kerana DAP lebih terserlah menentang perjuangan Islam di negara ini.

Sdra Rahman akhirnya telah mengajak generasi muda hari ini supaya menyertai dan menyokong perjuangan UMNO, kerana menurutnya UMNO masih relevan mewakili umat Melayu di negara ini.


Monday, June 29, 2009

DAHULU DR. MAHATHIR BERKATA PAS LEBIH BAHAYA DARI KOMUNIS, KINI NIK AZIZ PULA SAMAKAN UMNO DENGAN KOMUNIS...


Tuan Guru Nik Aziz tidak tergamak mengkiaskan DAP sebagai Komunis.

DAHULU, iaitu sekitar tahun 1980 Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri kita pernah berkata bahawa PAS lebih merbahaya daripada komunis, KINI Tuan Guru Nik Aziz pula telah melemparkan dakwaannya bahawa UMNO sama sahaja dengan komunis, malah beliau juga mengkiaskan bahawa UMNO sama sahaja dengan Ayah Pin yang membawa ajaran sesat.

Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri membuat dakwaan bahawa PAS lebih merbahaya daripada komunis ketika berhujah dan menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Baling, Haji Nakhaei Ahmad yang mewakili PAS pada masa itu.

Dr. Mahathir berhujah, di dalam Al-Quran Allah ada berfirman bahawa 'membuat fitnahm lebih merbahaya daripada membunuh'. Oleh kerana PAS dakwanya sering menaburkan fitnah, manakala pengganas komunis pula kerjanya membunuh anggota pasukan keselamatan, maka samalah juga pengertiannya bahawa PAS itu lebih merbahaya daripada komunis.

Hari ini Naqib PAS, Tuan Guru Nik Aziz pula tidak berganjak dengan dakwaannya itu terhadap UMNO, kerana katanya kenyataan itu dibuat lebih berasaskan kepada kiasan terhadap sesuatu yang sesuai pada pandangannya.

Demikianlah tuduh menuduh yang masih berterusan di antara dua buah parti terbesar orang Melayu di negara ini, iaitu UMNO dan PAS. Kedua-dua tokoh ini nampaknya telah menggunakan kepakaran dan persepsi masing-masing membuat kiasan sinis dengan merujuk 'komunis' sebagai simbol kejahatan terhadap parti yang diserangnya.

Persoalannya, benarkah UMNO itu sama dengan komunis, dan sejauh mana pula kebenaran dakwaan bahawa PAS itu lebih bahaya daripada komunis? Pada saya UMNO dan PAS bukanlah komunis, sama jugalah bahawa UMNO dan PAS bukanlah satu agama serpihan daripada Islam. Menyamakan parti masing-masing sebagai satu agama memungkinkan parti itu menjadi lebih sesat, kerana Rasulullah SAW tidak pernah menjadi ahli kepada mana-mana parti samada UMNO ataupun PAS.

Secetek-cetek pengetahuan saya tentang Islam, saya dapat merasakan bahawa sahabat-sahabat Rasulullah juga tidak pernah mengisi borang untuk menjadi ahli PAS semata-mata untuk meneruskan kerja-kerja dakwah mereka. Adakah Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Saidina Omar Al-Khattab, Saidina Othman Al-Affan dan Saidina Ali Abu Talib yang dikenali sebagai Khalifah Al-Rashidin perlu menjadi ahli parti PAS untuk menjadikan diri mereka lebih Islam daripada orang lain?

Jika PAS menyamakan partinya sebagai satu agama, maka saya ingin menyarankan Nik Aziz supaya tidak meneruskan dakwaannya dengan menuding UMNO sebagai ajaran sesat, kerana dengan mendakwa hanya parti PAS yang layak di sisi Islam, apatah lagi dengan menuduh UMNO telah menyimpang daripada ajaran Islam, telah menjadikan PAS lebih tersimpang daripada ajaran Islam sebenarnya. Jika Nik Aziz sering menasihatkan UMNO supaya bertaubat, saya berpendapat bukan UMNO sahaja malah dirinya juga tidak harus dikecualikan untuk berbuat demikian.

Saya tidak bermaksud untuk berkata bahawa PAS telah menyesatkan fikrah umat Islam di Malaysia, tetapi jika tidak ditegur PAS kelihatan lebih cenderung untuk menjadi sebuah parti yang membahayakan Islam di negara ini. Mencelarukan pemikiran umat Islam dengan menyamakan partinya sebagai sebuah agama, telah menjadikan pengikut parti itu begitu taksub sehingga memandang rendah keimanan orang-orang UMNO terhadap Allah yang sama-sama disembah. Firman Allah yang menyebut, 'Tidak aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk menghambakan diri (menyembah) kepadaku, yakni Allah" janganlah dikelirukan dengan berkata hanya jin dan manusia di dalam PAS sahaja yang lebih bertaqwa di sisi Allah.

Bukankah Islam itu agama persaudaraan? Oleh itu mengapa UMNO dan PAS tidak menjiwai nilai persaudaraan yang terdapat di dalam ajaran Islam? Apakah percakaran sesama umat Islam dibolehkan semata-mata UMNO didakwa tidak Islamik seperti PAS? Apakah di dalam kubur nanti malaikat munkar dan nankir akan mengemukakan soalan kepada si mati samada dia UMNO atau PAS?

Rasanya Nik Aziz akan bersetuju dengan saya bahawa tahap keimanan seseorang terhadap UMNO dan PAS tidak langsung disentuh oleh malaikat di dalam soalan kubur, kerana Allah Rabbul Jalil akan memuliakan hambaNya yang lebih bertaqwa, tanpa mengira anutan parti yang disertainya. Lagi pun jika menganggap hanya PAS yang layak memperjuangkan Islam, manakala yang lainnya terutama UMNO dipandang jijik untuk bercakap mengenai Islam merupakan satu pandangan Nik Aziz sahaja yang suka berkias betapa orang lain yang tidak berkiblat kepada lambang 'bulan' sebagai tidak berkiblatkan Islam.

Pada dirinya, kiasan itu lebih manis daripada menuduh, kerana mungkin berkias mengatakan UMNO sama sahaja dengan komunis dan Ayah Pin bukannya satu fitnah lagi, tetapi telah menjadi dalil aqli yang amat sempit untuk diterima oleh umat Islam di negara ini. Umat Islam di Malaysia semakin dikelirukannya, kerana Nik Aziz telah mengecualikan DAP daripada kiasannya itu.

Nik Aziz tidak tergamak mengeluarkan kiasan buruknya terhadap Karpal Singh yang terang-terang menolak Islam kerana berpendapat DAP telah menjadi rakan sekutunya yang lebih baik daripada bersekutu dengan UMNO. Nik Aziz begitu selesa berkawan dengan puak 'kafir zimmi' ini daripada bermuqabalah dengan UMNO. Beliau dilihat begitu taksub dengan pegangannya sehingga kabur untuk membezakan landasan perjuangan DAP dengan perjuangan UMNO, kerana pada dirinya UMNO lebih jijik daripada DAP.

Maka sebab itu, Nik Aziz begitu lantang menegur Ustadz Nasharudin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS supaya tidak berada di dalam jemaah PAS jika mahukan kerajaan perpaduan bersama dengan UMNO. Nampaknya DAP semakin dimuliakan, kerana Nik Aziz lebih meyakini DAP boleh menerima Islam jika dibandingkan dengan UMNO yang telah dilabelkannya sebagai Ayah Pin.

(Nota: Petikan artikel daripada locengwangsa.blogspot.com)

UMNO BUKIT WANGSA BERSIDANG 29 JUN 2009

TERKINI...

UMNO Cawangan Bukit Wangsa akan mengadakan persidangan tahunan 2009 pada hari Isnin bersamaan 29 Jun 2009, bermula jam 8.30 pagi, bertempat di perkarangan blok C11 Seksyen 10 Wangsa Maju.

Semua ahli UMNO Cawangan ini yang terdiri daripada ahli biasa, ahli wanita, pemuda dan puteri dijemput menghadiri ke persidangan ini.



Friday, December 26, 2008

Yuran Keahlian 2008

Semua ahli UMNO Cawangan Bukit Wangsa dikehendaki menjelaskan yuran tahunan 2008 sebelum 31 Disember ini. Ibu Pejabat UMNO telah pun mengedarkan bukut resit yuran tersebut kepada semua UMNO Bahagian di seluruh negara untuk diagihkan kepada semua cawangan UMNO. Yuran keahlian tahunan UMNO ialah RM1.00 sahaja.
Begitu juga borang-borang permohonan menjadi ahli baru yang telah dikemukakan kepada UMNO Cawangan hendaklah diserahkan ke Ibu Pejabat UMNO sebelum 31 Disember 2008 bagi membolehkan ahli berkenaan menggunakan haknya termasuk menghadiri mesyuarat agung tahunan 2009.

Sunday, November 30, 2008

Selamat Pengantin Baru - Nor Hafizah & Adi Fairuz


Nor Hafizah dan Adi Fairus di atas pelamin


Abd. Hamid dan Fauziah (Ibu bapa pengantin perempuan)


Tetamu yang hadir:
Dari kiri - Mohamad, Abd. Rahman (Ketua Cawangan),
Talib dan Zainal Masri


.

UMNO Cawangan Bukit Wangsa mengucapkan selamat pengantin baru kepada Nor Hafizah Abdul Hamid dan Adi Fairuz Matshor yang telah melangsungkan majlis perkahwinan mereka pada Ahad, 30 November 2008.

Nor Hafizah, 21 tahun merupakan anak kedua (Kak Ngah) kepada Abd. Hamid Mustapha dan Fauziah Zakaria iaitu Ahli Jawatankuasa UMNO Cawangan Bukit Wangsa. Fauziah Zakaria pula merupakan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita UMNO Cawangan. Majlis kenduri walimatul urus ini telah berlangsung dengan meriahnya di perkarangan blok C11 seksyen 10 Wangsa Maju. Ramai keluarga kedua-dua mempelai terutamanya dari Kuala Pilah serta sahabat andai telah berkumpul meraikan majlis ini. Tahniah kepada Hamid/Fauziah yang telah menerima menantu. Semoga kedua-dua mempelai berbahagia melayari kehidupan berumahtangga. Amin!

Friday, November 21, 2008

UMNO Bukit Wangsa terus diperkasa


Abdul Rahman Hashim

UMNO Cawangan Bukit Wangsa akan terus diperkasakan. Demikian kata-kata yang diungkapkan oleh Ketua Cawangannya Abdul Rahman Hashim (Gambar) ketika merasmikan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan berkenaan pada 16 Ogos 2008 lalu.
"Memandangkan kemelut kepercayaan semakin terhakis di kalangan rakyat terhadap UMNO di dalam PRU12 yang lepas, kita merasakan UMNO perlu melakukan penjenamaan semula untuk terus diperkasakan." katanya.
"Proses penjenamaan ini memerlukan iltizam dari segenap lapisan kepimpinan di dalam UMNO yang menuntut kita semua melakukan muhasabah, di samping meningkatkan keupayaan untuk merakyatkan perjuangan UMNO." tambahnya lagi.
Samada diri kita seorang pemimpin yang berada di puncak kekuasaan ataupun yang berada di pelantar akar umbi masyarakat, semua pihak mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk mempastikan UMNO terus relevan dalam kerangka perjuangan memartabatkan kedaulatan bangsa Melayu sebagai tuan di negara ini," tegasnya.

Abdul Rahman Hashim juga mahukan supaya ahli-ahli UMNO Cawangan Bukit Wangsa tidak menjumudkan fokus hanya dalam ruang lingkup menyempurnakan tanggungjawab sekadar menghadiri mesyuarat-mesyuarat agung tahunan, tetapi beliau menyarankan lebih daripada itu, dengan mengajak seluruh ahli UMNO supaya menebus kembali kekalahan yang menimpa UMNO dan BN semasa pilihan raya ke-12 yang lepas.
Beliau juga terkilan kerana orang Melayu sudah mulai hilang keyakinan kepada UMNO, kerana mereka terpedaya dengan retorik sempit yang dicanangkan oleh pihak pembangkang tanpa memperdulikan nasib dan masa depan warga Melayu.

"Perpecahan dalaman akibat persengketaan sesama sendiri juga menjadi faktor yang menyebabkan UMNO semakin dipinggirkan oleh orang Melayu generasi hari ini. Lantaran itu, kita mesti perkuatkan azam dan tekad untuk menghindarkan diri kita daripada terjebak dengan episod pertikaman sesama sendiri, yang akan menghancurkan generasi kita yang akan datang." demikian katanya dengan penuh bersemangat.

Di akhir ucapannya, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak di dalam UMNO Cawangan ini yang telah bekerja keras semasa berkempen di dalam PRU12 lalu. Beliau juga mengajak supaya semua ahli UMNO di cawangan ini khasnya supaya memberikan sokongan padu kepada saf kepimpinan yang bakal terbentuk di dalam persidangan kali ini.

Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dato' Sri Zulhasnan Rafique yang telah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Setiawangsa, walaupun derita dengan kekalahan yang menimpa di beberapa kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan.

--------------------------------------------------------------------------------

Abd. Rahman Hashim, Zaiton Baba, A.G
dan Sarah Hanis dipilih mengetuai Cawangan,
Wanita, Pemuda dan Puteri Bukit Wangsa
2008-2011



Gambar Atas: Abd. Rahman Hashim.
Bawah Dari Kiri: Zaiton Baba, AG dan Sarah Hanis

Abdul Rahman Hashim sekali lagi buat tahun yang ke-14 berturut-turut telah dipilih semula mengetuai UMNO Cawangan Bukit Wangsa di dalam persidangan tahunan 2008 yang diadakan pada 16 Ogos yang lalu.
Begitu juga Zaiton Baba yang sebelum ini memegang jawatan Naib Ketua Wanita Cawangan telah diberikan mandat oleh Pergerakan Wanita Cawangan berkenaan sebagai Ketua menggantikan Normah Ismail yang tidak hadir di dalam persidangan tersebut.
Mohd, Kama Renzi Abdul Rahman seorang muka baru di dalam Pemuda telah dipilih sebagai Ketua Pemuda Cawangan Bukit Wangsa menggantikan Ahmad Jamil Gazali yang telah pun melewati usia Pemudanya.
Sementara itu Sarah Hanis Abdul Rahman iaitu anak kepada Ketua Cawangan telah dinobatkan sebagai Ketua Puteri Cawangan yang baru menggantikan Arina Mohamed yang tidak hadir di dalam persidangan itu.
Bagi jawatan Timbalan Ketua Cawangan pula Mohamad Haji Ibrahim yang sebelum ini menjawat jawatan Ketua Penerangan telah dipilih sebulat suara mengisi jawatan tersebut. Begitu juga Nora Hj Mohd. Nordin, Nur Fareq Daniel Rahim dan Suzana Zaharin telah dipilih mengisi jawatan Naib Ketua Wanita, Pemuda dan juga Puteri Cawangan Bukit Wangsa.
---------------------------------------------------------------------------------

Gambar kenangan di Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Setiawangsa, 25 Oktober 2008, Hotel Nikko KL.


Dari Kiri: Abd. Rahman, Mohamad dan Ahyar



Kelihatan duduk dari kanan: Zaiton Baba, Hanis, AG,
Ahyar dan Mohamad Ibrahim
---------------------------------------------------------------------------------

AHLI-AHLI JAWATANKUASA 2008-2011
UMNO CAWANGAN BUKIT WANGSA

PENGERUSI TETAP
Mohd. Ali Yassin

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Ahyar Mikin

KETUA CAWANGAN
Abdul Rahman Hashim

TIMBALAN KETUA CAWANGAN
Mohmad Haji Ibrahim

KETUA WANITA
Zaiton Baba

KETUA PEMUDA
Mohd. Kama Renzi Abdul Rahman

KETUA PUTERI
Sarah Hanis Abdul Rahman

SETIAUSAHA
Dzulfakar Alang

BENDAHARI
Zulkarnil Abdul Majid

KETUA PENERANGAN
Mohd. Alias Hamzah

AHLI JAWATANKUASA
Abdul Wahab Husin
Ahmad Achin
Alias Sutan
Adnan Ujud
Othman Mahamud
Rohman Mikin
Awaludin Zahardin
Abd. Hamid Mustapha
Noramzah Md. Taher
Jamaluddin Abu Kassim
Supri Saad
Nora Hj Mohd. Nordin
Suzana Zaharin
Idris Samad

PEMERIKSA KIRA-KIRA
Haryati Hashim
Sufini Hashim

--------------------------------------------------------------------------

AHLI JAWATANKUASA 2008-2011
PERGERAKAN WANITA UMNO CAWANGAN BUKIT WANGSA

KETUA
Zaiton Baba

NAIB KETUA
Nora Haji Mohd. Nordin

SETIAUSAHA
Azizah Aman

BENDAHARI
Norjalila Zainul

KETUA PENERANGAN
Siti Aminah Haji Abas

AHLI JAWATANKUASA
Nor Hanida Saaid
Lapipah Manan
Zainab Taid
Fauziah Zakaria
Nor Zaiton Zainal
Zorlela Baharum

---------------------------------------------------------------------------

AHLI JAWATANKUASA 2008-2011
PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN BUKIT WANGSA

KETUA
Mohd. Kama Renzi Abdul Rahman

NAIB KETUA
Al-Nur Fareq Daniel Rahim

SETIAUSAHA
Adi Putra Shahreeza Abdul Rahman

BENDAHARI
Ahmad Sharip

KETUA PENERANGAN
Amirul Izzat Abdul Rahman

AHLI JAWATANKUASA
Mohd. yusri Saad
Muhamad Azlan Aziz
Saiful Norardi Mohamad
Hasrizal Radzuan
Mohd. Idzwan Mohd. Yusof
Azirul Azry Mohd. Nordin
Omar Buyong

------------------------------------------------------------------------

AHLI JAWATANKUASA 2008-2011
PERGERAKAN PUTERI CAWANGAN BUKIT WANGSA

KETUA
Sarah Hanis Abdul Rahman

NAIB KETUA
Suzana Zaharin

SETIAUSAHA
RozaimaH Md. Zairozi

BENDAHARI
Haryati Hashim

KETUA PENERANGAN
Sharifah Norhainey Syed Noorashid

AHLI JAWATANKUASA
Raidah Mohamad
Noraffita Mohd. Azzimi
Cik Zakiah Zakaria
Aliza Ramli
Arina Mohamed
Masmin Abd. Latif