PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UMNO)

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UMNO)
"MELAYU DIPERKASAKAN, ISLAM PEGANGAN KAMI"

Tuesday, June 30, 2009

UMNO DIPERKASAKAN, ISLAM PEGANGAN KAMI!

Apabila menyaksikan suasana persidangan tahunan UMNO Cawangan Bukit Wangsa yang diadakan semalam, 29 Jun 2009, kami dapat merasakan getaran semangat yang telah berjaya disuntik oleh Ketua UMNO Cawangan kami, Sdra Abdul Rahman Hashim.

Ketua UMNO Cawangan Bukit Wangsa telah menyampaikan ucapan perasmiannya dengan penuh bersemangat yang bertema 'UMNO diperkasakan, islam Pegangan kami'.. Rata-rata ahli Pemuda yang hadir telah memberikan respon yang positif dimana mereka dapat merasakan kepuasan setelah mendapat input yang berguna untuk dijadikan iktibar.

Di dalam ucapan itu, Sdra Abdul Rahman Hashim telah memberikan penjelasan tentang cabaran yang sedang dihadapi oleh UMNO. Menurutnya, UMNO mesti diperkuatkan kerana orang Melayu di negara ini masih berkehendakkan sentuhan UMNO untuk meneruskan perjuangan mengangkat martabat dan harakat umat Melayu di negara ini.

Beliau menambah, UMNO tidak perlu gusar dengan cabaran yang dihadapinya daripada parti-parti pembangkang, kerana katanya lagi UMNO mempunyai track record yang cemerlang untuk membuktikan kepada rakyat betapa parti ini sentiasa berjuang untuk kepentingan rakyat jelata khususnya kepada orang Melayu.

Sdra Rahman juga telah menyentuh dengan panjang lebar tentang sejarah kemerdekaan negara, di mana UMNO telah memainkan peranannya dalam merangka pedan kemerdekaan yang akhirnya telah dikecapi oleh rakyat negara ini yang dahagakan kebebasan untuk memerintah negara sendiri. Tarikh keramat 31 oGOS 1957 menurutnya merupakan detik yang tidak harus dilupakan oleh semua lapisan rakyat negara ini, kerana negara telah pun MERDEKA! Jasa UMNO telah terpahat di dalam lipatan sejarah perjuangan sebuah negara bangsa sebagai pejuang kemerdekaan.

Ahli-ahli yang hadir juga terutamanya di kalangan ahli Pemuda dan ahli Puteri juga dilihat terpesona dengan pengucapan Ketua UMNO Cawangan yang juga menyentuh isu Tuan guru Nik Aziz daripada PAS yang telah menyamakan UMNO dengan komunis hatta menyamakan juga UMNO dengan Ayah Pin.

Sdra Rahman berhujah, betapa songsangnya pandangan Nik Aziz itu kerana menurutnya UMNO juga penganut agama Islam seperti PAS, tetapi komunis menganggap agama itu sebagai candu. Kataya lagi, Ayah Pin telah menyesatkan akidah dengan menganggap dirinya sebagai 'Utusan Tuhan' sedangkan UMNO hanya bertuhankan Allah Rabuul Jalil.

Beliau kesal kerana PAS telah memperalatkan Islam untuk mengutuk sesama umat Islam, sedangkan Islam adalah agama persaudaraan. Menurutnya lagi, PAS lebih rela bermusuh dengan UMNO, sedangkan DAP lebih jelas menentang undang-undang Islam yang dilaung-laungkan oleh PAS sendiri. Beliau bertanya kepada Nik Aziz, apakah yang patut dikiaskan kepada DAP yang menjadi rakan sekutunya kerana DAP lebih terserlah menentang perjuangan Islam di negara ini.

Sdra Rahman akhirnya telah mengajak generasi muda hari ini supaya menyertai dan menyokong perjuangan UMNO, kerana menurutnya UMNO masih relevan mewakili umat Melayu di negara ini.


No comments: